Penaja

Isnin, 28 Jun 2010

Tanggungjawab Suami


Suami adalah ketua keluarga.Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan keluarganya,ialah:
  1. Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.
  2. Membayar mas kahwin kepada isterinya.
  3. Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:

“Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)
Sabda Nabi yang lain:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud)
Dalam keadaan lain,Al-Quran juga sentiasa menyarankan suami supaya berbuat baik dengan isteri mereka.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“…dan bergaullah kamu dengan mereka(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka(disebabkan tingkahlakunya,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak(untuk kamu)-(Surah An-Nisa’ 4:19)

Sebagaiman hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:
“Rasulullah SAW bersabda:Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita,kecuali dia seorang yang mulia.Tidak ada yang menghina wanita,kecuali oarang yang rendah pekertinya”-(riwayat Abu Daud)

 4. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka. 
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:manusia dan batu (berhala)….-(Surah At-Tahrim 66:6)

5.   Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.

6.   Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi,seperti pendidikan,pakaian,tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.
   Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya,maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya (sekadar yang mampu) ;Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.(Orang-orang yang dalamkesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah SWT akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.- (Surah AT-Thalak 65:7)

7.   Memenuhi keperluan nafkah batin
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka(untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu.Sesungguhnya Allah SWT mengasihi oarng-orang yang sentiasa menyucikan diri”-(Surah Al-Baqarah 2:222)

8.   Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.
9.   Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri.
   Suami mestilah menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah kepada isterinya bergantung kepada keadaan dan keperluannya.Oleh itu Islam tidak menentukan kadartertentu dan tidak ada penentuan yang khusus,ia bergantung kepada pendapatan sert keadaan taraf hidup,kemampuan suami serta menilai keadaan keperluan.
   Biarpun nafkah adalah tanggungjawab suami,namun dalam sebuah rumahtangga yang sederhana dan suami yang berpendapatan kecil,tidak menjadi kesalahan untuk isteri bekerja dan membantu suaminya demi memantapkan kehidupan rumahtangga mereka.Selain itu juga,Islam menegah isteri menuntut nafkah serta keperluan yang tidak termampu oleh suaminya.
    Seterusnya untuk menjamin keutuhan dan keluarga yang bahagia,masing-masing mestilah merelakan dan sanggup menerima hakikat keadaan rumahtangga masing-masing,terutamanya bagi suami yang tidak mempunyai pendapatan yang lebih atau tidak mampu berusaha lebih dan disebabkan taraf hidup yang tinggi,contohnya di kota dan hidup di bandar.Walaubagaimanapun,suami mestilah berusaha dan mencari rezeki yang halal dengan bersungguh-sungguh dan menunaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.

Jumaat, 25 Jun 2010

Petua Rumahtangga Bahagia

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumahtangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan
kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.”

Rabu, 2 Jun 2010

Saat Bergelar Seorang Ibu 08 Dec 2009

Tanpa disangka2...pd 12hb April 2009, satu berita gembira telah aku ketahui bersama sebelum anniversary genap 5 tahun pada 05/06/2009. Aku telah disahkan positif mengandung oleh Pakar Perdana Maternity Center   (Dr .ISA) SYUKUUR ALHAMDULILLAHH..... 

Pada waktu Subuh yang hening hari ISNIN 7/12/2009, tanda2 kelahiran untuk melahirkan baby telah keluar. "Darah". Tp..tak de rase sakit langsung....memang pelik. Jadi, pg tu..aku pergi kerja. Dalam pukul 9.30 pagi, aku telah bersiap sedia untuk ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, KULAI.  Lebih kurang pukul 10 pagi kami sampai di HTSMTI, Kulai. Aku mendaftarkan diri dan staff nurse telah buat pemeriksaan, tetapi jalan x buka lagi. So, aku kena tahan diwad....katil no8.
Dengan penuh tanda tanya..bila rasa sakit akan bermula, aku masih sempat berbual2 dengan bakal2 ibu disitu mengenai pengalaman mereka yang sudah lama bergelar "IBU".

Dalam pukul 2 ptg..baru tanda bersalin ke2 aku kuar " Air Ketuban Pecah" dengan sendirinye, jalan pun baru buka 1cm. So, maknanya lama lagi lah aku kne tungguuu...& terus menungguuu...

Dari siang bertukar kepada malam, tapi rase sakit masih x sekuat mana. Akhirnya pukul 12 tgh mlm rasa nk bersalin semakin kuat dan rese 5 minit2 datang berulang2 kali. Tepat jam 2.45 pg..aku di bawa ke Labour Room untuk melahirkan baby. Setelah staff nurse bersiap sedia ...dengan segala kelengkapan..Tepat kul  3 pagi..aku di suruh meneran mengeluarkan baby...4X teran baru aku berjaya melahirkan zuriat ku...

Syukur..alhamdulillahh..kehadrat ALLAH swt tepat kul 3.19am, ari SELASA 8/12/2009 aku telah selamat melahirkan baby lelaki, berat 3.02kg & Kami telah memberikannya nama MUHAMMAD HARITH AYYASH. 

Amalan2 untuk pasangan yg lambat dikurniakan Zuriat

Amalan Pertama

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh

- Baca Bismillah 1 kali

- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.

- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali

- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)

- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.


Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.

-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.

-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.

-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.