Penaja

Khamis, 30 Disember 2010

Lama Menyepi....31/12/2010 akan ku teruskan penulisan blogku..

Salam buat semua teman2 blog...Terima kasih kerana masih sudi mengikuti penulisan blog 
" Jom Klik2 Success".

Biasalah...busy menguruskan kerja2 & keluarga membuatkan aku tak sempat langsung nak touching blog ini. Faham2 ajelah...anak baru nak membesar...

Syukur padaNYA..pada 8 Dec 2010, Ayyash dah pun genap setahun. Dan bermacam-macam kenangan pahit & manis telah aku lalu sepanjang tahun 2010 nie.

Sesungguhnya..semua yang berlaku adalah ketentuan dari ALLAH swt yg maha ESA. Dunia ini hanya pinjaman semata, akhirat jua kekal selama2nya..

Rabu, 4 Ogos 2010

Makan Gaji VS Kerja Sendiri

Benarkah kerja sendiri lebih baik dari kerja makan gaji ? Setiap manusia ade kehendak & keperluan yang perlu dipenuhi pada setiap masa yang tertentu. Hampir separuh rakyat Malaysia memilih untuk kerja makan gaji dari bekerja sendiri. Kerja makan gaji mempunyai tarikan yang menarik dengan mendapat gaji setiap bulan berbanding dengan kerja sendiri. Tetapi, jika memlih untuk bekerja sendiri banyak aspek2 yang perlu dititik beratkan.

Antara kebaikan makan gaji :

  • Memperolehi gaji tetap pada setiap bulan.
  • Mudah untuk membuat pembiayaan pinjaman seperti membeli rumah, kereta & sebagainya
  • Kemudahan perubatan di klinik panel & hospital jugak dibiayai
  • Berpeluang mendapat bonus tahunan
  • Berpeluang mendapat kenaikan pangkat dan pembangunan kerjaya

Selain daripada kerja makan gaji, ada sesetengah rakyat malaysia yang berminat menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual nasi lemak, menjual air, buah2an, pisang goreng dan lain lain lagi. Tapi, jangan sesekali memandang rendah kepada meraka ini. Kadang2 pendapatan golongan ini lebih besar dari pendapatan golongan yang suka makan gaji.

Perniagaan kecil2an kalau diusahakan dengan bersungguh-sungguh pasti membuahkan hasil yang lumayan sehingga mampu berkembag menjadi perniagaan yang besar. Contohnya , Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary yang bermula dengan berniaga pasar dan akhirnye menjadi jutawan negara.

Antara kebaikan menjalankan bisnes sendri:

  • Jika bisnes maju, hasil pendapatan boleh mencecah angka yang jauh lebih lumayan dari kerja makan gaji.
  • Taida kerenah birokrasi untuk mendapat gaji atau kenaikan pangkat.
  • Tiada isu politik dalam syarikat.
  • Boleh membantu masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi negara.
  • Berpeluang menjadi jutawan dan merasai kebekasan kewanagan dan kebebasan masa.

Keputusan ditangan anda. Bijak membuat keputusan pasti membawa kepada kejayaan & kebahagian di dunia & akhirat kelak. Sekian.

Selasa, 13 Julai 2010

Adakah Baby Walker Selamat untuk bayi ANDA?



Berikut adalah kajian yang dilakukan di Singapura berkenaan baby walker. Menarik untuk dikongsi bersama. Harap bermanfaat.
OBJECTIVES:
To study the impact of infant walker use on motor development and injuries.
POPULATION:
One hundred and eighty five parents or primary care givers who attended a Singapore government polyclinic from September 1993 to February 1994, with their infants between 7 to 10 months, for a developmental assessment session.
SETTING:
A government polyclinic in Singapore.
METHODS:
The parent or primary care giver answered questions pertaining to infant walker use and injuries attributed to its use. Each infant was then given the Singapore modified version of the Denver Developmental Screening Test (DDST-S), along with a full clinical examination; both testers were blinded to walker use.
RESULTS:
One hundred and sixty seven (90%) of 185 infants used walkers regularly, and 21 (12.5%) of the users had one or more injuries. Most injuries were minor, such as bruises and swellings on the head, forehead, face, and cheeks. None of the children who did not use walkers showed any abnormal DDST-S results whereas 18 (10.8%) of the 167 walker users had either abnormal or questionable DDST-S results.
CONCLUSIONS:
12.5% of walker users had one or more injuries and walker use may also delay the child’s motor development. These findings will help the physician or nurse in primary care settings to advise parents about the potential hazards of walker use.
Rujukan: Infant walker use, injuries and motor development. Injury Prevention. 1997 Mar;3(1):63-6.

Tip menjadi Pekerja yang CEMERLANG

Bagaimana hendak menjadi pekerja cemerlang, secemerlang yang mungkin dan sehebat yang mungkin tak kira apa jua bidang kerja yang menjadi kerjaya Anda.

Bila Anda memasang matlamat mahu menjadi pekerja cemerlang, ini beberapa tips asas.

1. Muhasabah Apa Niat Untuk Bekerja.
Saya memandang lebih pada aspek dalaman iaitu hati dan niat. Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu bermula dari asas, iaitu niat hati Anda.
Buat muhasabah diri, kaji untuk apa Anda turun setiap hari ke tempat kerja, adakah semata-mata hanya kerana Anda dibayar gaji, hanya mahukan gaji (dan tak kisah apa tu kecmerlangan dalam kerjaya) atau minat pada bidang kerja tu? atau keduanya sekali?
Ini kerana setelah mengkaji mindset sesetengah orang, ada yang jadi mereka jadi malas, tak bersemangat, kerja main lepas tangan dan lebih suka tak ambil kisah, janji duit gaji masyuk.
Namun, ada juga yang menjadikan tangga gaji sebagai ‘booster’ motivasi. Jika itu nawaitu Anda, yang lain akan turut serta, seperti disiplin, komitmen, fokus, produktiviti, performance, kerjasama dan akhir sekali mindset positif untuk menjadi cemerlang dalam kerjaya.

2. Lakukan Lebih Dari Apa Yang Perlu.

Dengan inisiatif sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu Anda lakukan dalam bidang kerja Anda. Misalnya, jika kawan sekerja Anda masuk kerja jam 9 pagi hingga 5 petang, Anda pula masuk jam 8.30 pagi hingga 7 petang, tanpa mengharap elaun lebih masa atau overtime. Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga Anda tak sedar masa berlalu.

3. Komited.

Jangan ambil kisah kalau orang lain kata yang Anda tunjuk rajin. Itu kerjaya Anda dan katakan pada diri bukan kawan-kawan Anda tu yang bayar gaji Anda.
Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu komited sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan. Jadi proaktif dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa mengharapkan sedikitpun balasan. Tapi, rajin biar kena tempatnya, nanti Anda akan dipergunakan.

4. Bijak Menyelit.
Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit ‘politik’. Skill komunikasi interpersonal amat penting di sini. Anda perlu bijak menyesuaikan diri dengan mengkaji attitude rakan-rakan sekerja Anda.
Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu dimana ruang yang dia boleh menyelit tanpa perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja.
Tapi, pekerja yang cemerlang takkan pernah bodek bossnya untuk cepat naik pangkat!

5. Belajar Tanpa Henti.
Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah ILMU, sama ada teori, praktikal ataupun penaakulan.
Dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai. Dia menumpukan usaha pada benda yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya nak kuasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa singkat.Minda lebih senang menangkap dan memahami apa yang Anda pelajari jika menumpu pada satu perkara dalam satu-satu masa, one thing at a time, step by step.

6. Hormat Semua Orang.
Tak kira siapa jua rakan satu tempat kerja dengan Anda, hormati dia dan cuba ceriakan dia, walaupun dia setakat seorang mak cik cleaner. Tapi, jangan suka menyakat dan mentertawakan kekurangan atau kesilapan orang lain, sebab tak semua orang boleh menerimanya.
Menceriakan orang maksudnya Anda bijak membuat mereka rasa gembira dan membuat mereka rasa senang dengan Anda. Cemana? mungkin dengan berkongsi cerita-cerita lucu, beberapa jenaka atau membantu mereka di kala susah. Bila Anda ikhlas membuat orang lain jadi ceria, mereka akan hormat pada Anda.
Takde gunanya Anda jadi ‘bising’ maca tin kosong di tempat kerja tapi suka mengacau tak tentu pasal, pedas dengan umpatan, sindiran dan komplain-komplain yang remeh. Pekerja yang cemerlang diukur dari segi perbuatan dan pencapaiannya, bukan percakapan. Jadi, diamkan mulut, rajinkan tangan bekerja.

7. Penampilan Kemas, Segak dan Teratur.
Ini yang paling akhir. Ingat, persepsi dan ‘first impression’ orang lain amat penting dalam suasana kerja.
Pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan kekemasan diri pada pakaian, gaya ketika bekerja, gaya jalan, gaya ketika makan, gaya berbual dan kekemasan di ruang tempat kerjanya. Anda boleh menilai attitude kerja seseorang hanya dengan melihat meja kerjanya saja.
Kalau berserabut, berhambur, berterabur dan langsung tak teratur, itu tandanya orang tu bukan pekerja cemerlang dan akan payah untuk jadi cemerlang. Jika Anda duduk di meja yang selalu berterabur, ubah cepat perangai tu.
Itu menampakkan Anda seorang yang pemalas. Apa pendapat Anda, adakah kata-kata saya ini betul? Beri pendapat Anda di ruang komen. Ia tidak semestinya berlaku pada semua orang. Ada juga pekerja yang mejanya berserabut, tapi performance kerjanya cemerlang !
Akhir kata, beri komitmen pada kerja Anda sebaik mungkin dan jangan terlalu mengharap balasan dalam bentuk overtime lebih atau pujian semata. Ini resepi utama seorang pekerja cemerlang.
Walaupun ada 7 tips di atas, saya lebih memandang pada konsep ‘memberi’, tak kira sama ada sudi memberi tunjuk ajar, ikhlas membantu, sudi bekerjasama, komited dengan tugasan, bijak berkomunikasi dan melakukan lebih dari apa yang sepatutnya.
Lebih banyak Anda memberi, lebih banyak juga Anda akan menerima. Tumpukan pada 7 tips ini dan kecemerlangan dalam kerjaya akan datang dengan sendirinya pada Anda. Dijamin !

Jumaat, 9 Julai 2010

Tanggungjawab Isteri

Dalam sesebuah rumahtangga,isteri juga mempunyai tanggungjawab tertentu yang wajib dipenuhi,antaranya ialah:
  1. Isteri mestilah sentiasa mentati suami mereka dan menjaga maruah suami mereka selama mana suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.Dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Andainya aku ini orang yang menyuruh sesiapa supaya bersujud kepada orang,pasti aku menyuruh isteri itu bersujud kepada suami mereka”.
  2. Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’,contohnya ketika bersih daripada haid dan nifas.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak).Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang beriman”- (Surah Al-Baqarah 2:223)

3.   Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa     ketiadaannya.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“…Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… -(Surah An-Nisa’ 4:34)

 4.   Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan yang baik serta dengan keizinannya terlebih dahulu.

5.   Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya.

6.   Tidak boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan suaminya kepada orang lain.

7.   Mesti bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan kesenangan hati suami mereka.

8.   Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada suaminya.

9.   Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.
Sebagaiman firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah melabihkan orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan,dan juga kerana orng lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” -(Surah An-Nisa’ 4:34)

Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap sesebuah ikatan perkahwinan,iaitu pembinaannya mestilah di atas asas agama,buksnnya nafsu semata-mata.Oleh itu,rumahtangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk melalui rasa tanggungjawab masing-masing dengan sempurna,kerana perkahwinan yang diikat melalui akad perkahwinan bertujuan membentuk peribadi dan mengajak pasangan tersebut supaya berkongsi pendapat,masa,cara hidup untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing kearah keluarga yang bahagia.

   Keluarga yang baik dan harmoni akan dapat melahirkan masyarakat yang baik juga,melalui proses pembentukan peribadi dan jiwa anak-anak,yang mana semua itu bermula daripada sebuah keluarga.Masyarakat dan negara tidak akan maju dan tidak sempurna jika ahli keluarga yang mendiami sesebuah negara itu pincang.

   Justeru itulah, rumahtangga yang aman dan harmoni dapat dicapai melalui kerjasama dan tanggungjawab yang baik sesama mereka, seperti berkasih sayang, sabar, tolak ansur dan wujudnya persefahaman. Islam telah menggariskan peraturan tertentu yang merupakan tanggungjawab suami dan isteri bagi memastikan kerukunan sesebuah rumahtangga dan keluarga.


Isnin, 28 Jun 2010

Tanggungjawab Suami


Suami adalah ketua keluarga.Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan keluarganya,ialah:
  1. Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.
  2. Membayar mas kahwin kepada isterinya.
  3. Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:

“Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)
Sabda Nabi yang lain:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud)
Dalam keadaan lain,Al-Quran juga sentiasa menyarankan suami supaya berbuat baik dengan isteri mereka.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“…dan bergaullah kamu dengan mereka(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka(disebabkan tingkahlakunya,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak(untuk kamu)-(Surah An-Nisa’ 4:19)

Sebagaiman hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:
“Rasulullah SAW bersabda:Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita,kecuali dia seorang yang mulia.Tidak ada yang menghina wanita,kecuali oarang yang rendah pekertinya”-(riwayat Abu Daud)

 4. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka. 
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:manusia dan batu (berhala)….-(Surah At-Tahrim 66:6)

5.   Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.

6.   Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi,seperti pendidikan,pakaian,tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.
   Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya,maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya (sekadar yang mampu) ;Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.(Orang-orang yang dalamkesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah SWT akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.- (Surah AT-Thalak 65:7)

7.   Memenuhi keperluan nafkah batin
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka(untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu.Sesungguhnya Allah SWT mengasihi oarng-orang yang sentiasa menyucikan diri”-(Surah Al-Baqarah 2:222)

8.   Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.
9.   Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri.
   Suami mestilah menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah kepada isterinya bergantung kepada keadaan dan keperluannya.Oleh itu Islam tidak menentukan kadartertentu dan tidak ada penentuan yang khusus,ia bergantung kepada pendapatan sert keadaan taraf hidup,kemampuan suami serta menilai keadaan keperluan.
   Biarpun nafkah adalah tanggungjawab suami,namun dalam sebuah rumahtangga yang sederhana dan suami yang berpendapatan kecil,tidak menjadi kesalahan untuk isteri bekerja dan membantu suaminya demi memantapkan kehidupan rumahtangga mereka.Selain itu juga,Islam menegah isteri menuntut nafkah serta keperluan yang tidak termampu oleh suaminya.
    Seterusnya untuk menjamin keutuhan dan keluarga yang bahagia,masing-masing mestilah merelakan dan sanggup menerima hakikat keadaan rumahtangga masing-masing,terutamanya bagi suami yang tidak mempunyai pendapatan yang lebih atau tidak mampu berusaha lebih dan disebabkan taraf hidup yang tinggi,contohnya di kota dan hidup di bandar.Walaubagaimanapun,suami mestilah berusaha dan mencari rezeki yang halal dengan bersungguh-sungguh dan menunaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.

Jumaat, 25 Jun 2010

Petua Rumahtangga Bahagia

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumahtangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan
kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.”

Rabu, 2 Jun 2010

Saat Bergelar Seorang Ibu 08 Dec 2009

Tanpa disangka2...pd 12hb April 2009, satu berita gembira telah aku ketahui bersama sebelum anniversary genap 5 tahun pada 05/06/2009. Aku telah disahkan positif mengandung oleh Pakar Perdana Maternity Center   (Dr .ISA) SYUKUUR ALHAMDULILLAHH..... 

Pada waktu Subuh yang hening hari ISNIN 7/12/2009, tanda2 kelahiran untuk melahirkan baby telah keluar. "Darah". Tp..tak de rase sakit langsung....memang pelik. Jadi, pg tu..aku pergi kerja. Dalam pukul 9.30 pagi, aku telah bersiap sedia untuk ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, KULAI.  Lebih kurang pukul 10 pagi kami sampai di HTSMTI, Kulai. Aku mendaftarkan diri dan staff nurse telah buat pemeriksaan, tetapi jalan x buka lagi. So, aku kena tahan diwad....katil no8.
Dengan penuh tanda tanya..bila rasa sakit akan bermula, aku masih sempat berbual2 dengan bakal2 ibu disitu mengenai pengalaman mereka yang sudah lama bergelar "IBU".

Dalam pukul 2 ptg..baru tanda bersalin ke2 aku kuar " Air Ketuban Pecah" dengan sendirinye, jalan pun baru buka 1cm. So, maknanya lama lagi lah aku kne tungguuu...& terus menungguuu...

Dari siang bertukar kepada malam, tapi rase sakit masih x sekuat mana. Akhirnya pukul 12 tgh mlm rasa nk bersalin semakin kuat dan rese 5 minit2 datang berulang2 kali. Tepat jam 2.45 pg..aku di bawa ke Labour Room untuk melahirkan baby. Setelah staff nurse bersiap sedia ...dengan segala kelengkapan..Tepat kul  3 pagi..aku di suruh meneran mengeluarkan baby...4X teran baru aku berjaya melahirkan zuriat ku...

Syukur..alhamdulillahh..kehadrat ALLAH swt tepat kul 3.19am, ari SELASA 8/12/2009 aku telah selamat melahirkan baby lelaki, berat 3.02kg & Kami telah memberikannya nama MUHAMMAD HARITH AYYASH. 

Amalan2 untuk pasangan yg lambat dikurniakan Zuriat

Amalan Pertama

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh

- Baca Bismillah 1 kali

- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.

- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali

- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)

- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.


Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.

-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.

-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.

-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya. 

Khamis, 6 Mei 2010

Cara untuk membuang "Temporary Internet File"

Kenapa perlu buang "Temporary Internet File"

Bila kita buka internet, selalunya VIRUS akan ada pada Temporary Intrnet File PC. So macamana hendak mengelak PC terkena VIRUS, sila ikut arahan dibawah ini :

1. Klik pd icon Internet Explorer.
2. Cari Tool  pada Menu Bar, anda pilih Internet Option


3. Bila anda pilih Internet Option, secara automatik paparan Internet Properties akan kuar seperti gambarajah di bawah: 




4. Pada paparan General, anda perlu klik Delete button di Browsing history. Seterusnye paparan yang akan keluar adalah seperti di bawah:


5. Pada paparan Delete Browsing History, apa yang perlu anda buat adalah tick pada Preserve Favorites Website data, Temporary Internet Files, Cookies, History, Form Data, Password & InPrivate Filtering data. Kemudian, klik button Delete. Disini kena ambil masa sikit untuk membuang semua temporary internet files.

6. Akhir sekali Klik Button OK pada paparan Internet Properties.
* Bila anda klik OK semua temporary Internet files pada PC anda akan terus dibuang. Jadi PC anda tidak akan terkena virus melalui internet.
SELAMAT MENCUBA

Selasa, 4 Mei 2010

Jom Lihat..Kenapa Windows 7 lebih baik

Syarikat Microsot telah menghasilkan pelbagai windows untuk para penggguna komputer. Salah satu daripadanya WINDOWS 7. Saya ade perbezaan antara 3 window iaitu WindowsXP, Windows VISTA & Windows 7.
Sila lihat dibawah :
 Sekarang anda tahukan bagaimana untuk memilih windows untuk kegunaan harian anda. Saya cadangkan, anda pilih.

8 tahun bekerja di BITM

Lama tak lama aku kerja kat BITM. Pejam celik..pejam celik...dah nak masuk 8 tahun aku berkhidmat di BITM. Mula2 masuk kat BITM nie post aku hanya Clerk je, yelah masa tu..apply pun lum dapat diploma bedal aje lah..janji tiap2 bulan duit masyukkk. Aku selamba je buat kerja clerk, janji halal.
Dlm 4 bln lebih kurang tolak tambah...ada post kosong dlm IT, so aku ditransfer oleh pihak pengurusan. Setahun lepas tu...aku dapat promtion naik Senior Clerk & lepas 2 tahun aku dipromote naik Asistant Officer. Skrg dah 4 thn menyandang post yg sama. Kerja semakin hari semakin mencabar, tapi rezeki aku setakat nie alhamdulillah..CUKUP.Syukur pdNYA.

Cara Mengetahui IP Address Sebuah Komputer

Saya mempunyai sebuah Tips Bagaimana mengetahui IP address Komputer kita. Caranya mudah sahaja dengan menggunakan perintah CMD di Run Column. Sila ikut arahan dibawah :
1.Start & RUN
2.Taip CMD& Enter
3. Taip ipconfiq \all & Enter
4. Sekiranya Command tadi dah berhubung dengan LAN maka result dibawah akan terpapar :

Selesaikan masalah untuk mengetahui IP Address PC kita. Selamat mencuba kengkawan..

Isnin, 3 Mei 2010

Komputer Dalam Kehidupan Ku

Aku diperkenalkan dengan komputer sejak zaman persekolahan lagi. Seingat2 aku tahun 1995 semasa aku dilantik sebagai AJK Kelab Komputer SMDM. Oleh kerana aku AJK, maka dapatlah aku gunakan komputer disekolah dengan kerapnya. Al-maklum lah, zaman tu, nak beli komputer sendiri masih belum mampu. Adik beradik semuanya tengah sekolah & belajar, pulak tu abah aku sorang aje yg bekerja. Paham2 aje lah....

Abis form 6, aku berjinak2 kembali dengan komputer dengan mengambil course Dos. Susah gaks ambik course nie..sbb kne ingat keyword. Alhamdulillah...dengan test yg diberikan aku lulus 80%. Setelah tu, aku menyambung kursus dengan course Windows 97, MSOffice & Internet. Abis kursus, aku ditawarkan bekerja dekat IT-base cawangan Parit Raja sebagai "Tutor".

Hampir setahun bekerja sebagai "Tutor", aku mahir mengunakan perisian & peralatan komputer. Aku mula menanam azam untuk menyambung belajar dalam bidang komputer. Suatu hari yg indah & hidayah ALLAH swt berikan, aku telah mengisi "application form kolej YPJ". Dalam thn yang sama, aku telah diterima belajar di Institut Teknologi Perindustrian YPJ-Francais UTM dalam bidang Diploma Saians Komputer (IT) selama 3 tahun.

Disitulah bermulanya perjalanan HidupKu..RezekiKu & JodohKu..Alhamdulillah..

Pandang Pertama Jom Klik2...

Ini 1st time aku menulis blog setelah seorang classmate bernama RON mempromosi blognya semalam. Sepantas kilat aku msg kat dia minta dia turunkan ilmu menulis blog ni pada aku. Simple msg dia reply suruh aku register Gmail & buat blog kat http://www.blogger.com/. So dengan kretiviti yang aku ada maka terhasil lah blog "Jom Klik2 Success" nie.
Free advertising