Penaja

Rabu, 4 Ogos 2010

Makan Gaji VS Kerja Sendiri

Benarkah kerja sendiri lebih baik dari kerja makan gaji ? Setiap manusia ade kehendak & keperluan yang perlu dipenuhi pada setiap masa yang tertentu. Hampir separuh rakyat Malaysia memilih untuk kerja makan gaji dari bekerja sendiri. Kerja makan gaji mempunyai tarikan yang menarik dengan mendapat gaji setiap bulan berbanding dengan kerja sendiri. Tetapi, jika memlih untuk bekerja sendiri banyak aspek2 yang perlu dititik beratkan.

Antara kebaikan makan gaji :

  • Memperolehi gaji tetap pada setiap bulan.
  • Mudah untuk membuat pembiayaan pinjaman seperti membeli rumah, kereta & sebagainya
  • Kemudahan perubatan di klinik panel & hospital jugak dibiayai
  • Berpeluang mendapat bonus tahunan
  • Berpeluang mendapat kenaikan pangkat dan pembangunan kerjaya

Selain daripada kerja makan gaji, ada sesetengah rakyat malaysia yang berminat menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual nasi lemak, menjual air, buah2an, pisang goreng dan lain lain lagi. Tapi, jangan sesekali memandang rendah kepada meraka ini. Kadang2 pendapatan golongan ini lebih besar dari pendapatan golongan yang suka makan gaji.

Perniagaan kecil2an kalau diusahakan dengan bersungguh-sungguh pasti membuahkan hasil yang lumayan sehingga mampu berkembag menjadi perniagaan yang besar. Contohnya , Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary yang bermula dengan berniaga pasar dan akhirnye menjadi jutawan negara.

Antara kebaikan menjalankan bisnes sendri:

  • Jika bisnes maju, hasil pendapatan boleh mencecah angka yang jauh lebih lumayan dari kerja makan gaji.
  • Taida kerenah birokrasi untuk mendapat gaji atau kenaikan pangkat.
  • Tiada isu politik dalam syarikat.
  • Boleh membantu masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi negara.
  • Berpeluang menjadi jutawan dan merasai kebekasan kewanagan dan kebebasan masa.

Keputusan ditangan anda. Bijak membuat keputusan pasti membawa kepada kejayaan & kebahagian di dunia & akhirat kelak. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Free advertising