Penaja

Isnin, 3 Mei 2010

Komputer Dalam Kehidupan Ku

Aku diperkenalkan dengan komputer sejak zaman persekolahan lagi. Seingat2 aku tahun 1995 semasa aku dilantik sebagai AJK Kelab Komputer SMDM. Oleh kerana aku AJK, maka dapatlah aku gunakan komputer disekolah dengan kerapnya. Al-maklum lah, zaman tu, nak beli komputer sendiri masih belum mampu. Adik beradik semuanya tengah sekolah & belajar, pulak tu abah aku sorang aje yg bekerja. Paham2 aje lah....

Abis form 6, aku berjinak2 kembali dengan komputer dengan mengambil course Dos. Susah gaks ambik course nie..sbb kne ingat keyword. Alhamdulillah...dengan test yg diberikan aku lulus 80%. Setelah tu, aku menyambung kursus dengan course Windows 97, MSOffice & Internet. Abis kursus, aku ditawarkan bekerja dekat IT-base cawangan Parit Raja sebagai "Tutor".

Hampir setahun bekerja sebagai "Tutor", aku mahir mengunakan perisian & peralatan komputer. Aku mula menanam azam untuk menyambung belajar dalam bidang komputer. Suatu hari yg indah & hidayah ALLAH swt berikan, aku telah mengisi "application form kolej YPJ". Dalam thn yang sama, aku telah diterima belajar di Institut Teknologi Perindustrian YPJ-Francais UTM dalam bidang Diploma Saians Komputer (IT) selama 3 tahun.

Disitulah bermulanya perjalanan HidupKu..RezekiKu & JodohKu..Alhamdulillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Free advertising